Salam Ukhuwah Penuh Mahabbah
Hmm…susah betul nak start tulis dalam blog ni…walaupun dah lama set up tapi tak berkesempatan untuk mengarang lagi. Belum sampai seru lagi kot…anyway eden torai (bak kata Zizan Raja Lawak – eden try). So kita mulakan….
MY JOURNEY….Perjalananku…biasanya dulu orang simpan ataupun catat memori dalam diari. Pahit ke manis ke, kelat-kelat masam ke semua disimpan. Dan kadang-kadang memori ini yang akan mendewasakan kita sebenarnya. Jadi mungkin blog ini boleh diumpamakan sebagai dairi untuk mencoretkan perjalanan hidupku sebagai insan yang diberi nama Wan Ahmad Ridwan b Wan Mat Tahir (chewaah)..
Tahun ni umur pakcik masuk 27 tahun and sedar tak sedar dah nak masuk umur 30. Sometimes kita tak sedar yang masa cepat berlalu. Pakcik rasa cam semalam je baru habih form 5….masih lagi teringat zaman duk kat asrama kat Taiping…kena roll call,mandi kolam kat kolam saiz ‘olimpik’ belakang asrama,pakai baju batik nak outing,pegi fajar pastu makan kat yong tau fu kat bomba….tapi itu duluuuuu….
Lepas zaman sekolah then masuk plak U…kat sinilah pakcik rasa cam bersyukur sangat dan realize akan kebesaran Allah. Kita merancang, Allah merancang tapi perancangan Allah melebihi segala-galanya. Lepas SPM pakcik tak kisah sangat nak sambung belajar kat mana..masuk Uni10 pun sebab member yang ajak..pakcik ngikut aje. Lepas masuk Uni10 pakcik dapat offer masuk U awam…walaupun sebelum tu pakcik dah kata kat diri pakcik kalau dapat U awam pakcik nak pegi tapi bila dapat offer pakcik rasa macam ada something yang tahan pakcik kat situ…and akhirnya pakcik sedar yang semua itu ada hikmahnya dan pakcik bersyukur sangat-sangat. So sekarang ni pakcik yakin bahawa apa saja yang berlaku sama ada baik ataupun kurang baik…pasti ada hikmahnya…
Tanggal 25 December 2005, dua hati bersatu. Bermula sebagai Timbalan pakcik merangkap secretary dalam persatuan akhirnya ke jinjang pelamin…sekali lagi syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan Zuriana Bt Zakaria yang cukup sabar dan prihatin melayani karenah suamimu ini…Thanks My Dear, kerana dirimu begitu berharga.
Wan Ayfa Riesha Bt Wan Ahmad Ridwan. Ayfa = cergas, ramping. Riesha = puteri, noble lady. My Princess yang comel ni lahir pada 14 April 2007. Thanks sayang for giving me such a beautiful daughter. Seronot ada anak ni…PS2 pun dah tak main sangat dah.. duk melayan Ayfa lagi best….Semoga anak ayah n mama ni akan jadi anak yang solehah… amin…teringat pengalaman dalam labor room. Benarlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu…melihat kesakitan masa bersalin cukup menginsafkan pakcik…bagaimana pengorbanan seorang isteri untuk menghadiahkan anak kepada suami dan bagaimana seorang ibu bertarung nyawa untuk memastikan anak selamat. Untuk para suami sayangilah dan hargailah isteri kita sepenuh hati serta berkhidmatlah kepada ibumu sehingga ke akhir hayatnya. Sesungguhnya kita tidak akan mampu membalas segala pengorbanan mereka. Terima kasih isteriku dan umi.
Begitulah sedikit sebanyak My Journey.
<< Home