Thursday, February 14, 2008

Ai DI BEIJING

Salam,

‘Ai di Beijing’…semalam pakcik tengok cite tu kat TV3 sambil duk melayan karenah Ayfa. Tempat yang diorang shoot drama kat tempat ski tu macam pakcik pernah pergi.. kalau tak silap pakcik diorang shoot kat tempat tu sehari lepas pakcik pegi..ni kawan pakcik yang cite. Kawan pakcik ni pegi sama ngan pakcik tapi balik lambat sehari. So masa balik tu dia satu flight ngan Dynaz. Siap amik gambar lagi nak tunjuk kat pakcik.. hehe..jadi untuk entry kali ni pakcik rasa kena tulis pengalaman di Beijing sebagai satu lagi memori in My Journey….
eden torai..



Satu kelebihan kerja dengan Airlines adalah privileges untuk dapat free ticket setahun sekali ke mana-mana destinasi yang ada. Walaupun demikian tiket aje yang free, yang lain kena bayar sendiri. Airport tax, accommodation dan macam-macam lagi adalah tanggungan sendiri. Jadi dengan lain perkataan, kalau takde duit walaupun ada ticket free can be considered as useless lah. Tapi kalau tak pakai pun rasa rugi. So pakcik discuss dengan wife apa kata tahun ni kita simpan duit and try pergi bercuti jauh sikit…isteri pakcik kata ok ……Tapi persoalan ketika itu …ke mana???

Itu soalan cepu emas untuk kami… nak ke mana ekk? Macam-macam tempat yang keluar.. isteri pakcik kata nak pegi Europe, pakcik plak rasa nak pegi umrah.. ada yang mencadangkan pergi Jepun, Korea, Bali dan macam-macam lagi….pastu teringat nak pergi New Zealand tempat penggambaran Lord of the Ring (cito peberet)….semuanya ada pro can cons. Yelaaa…budgetnya pun bukannya besar sangat…kena consider currency suma, berapa hari nak pergi…lepas fikir punya fikir akhirnya dapatlah buat keputusan…ke mana? …..STOCKHOLM, Sweden.

Pakcik pun book hotel and package kat sana..dah confirm tetapi tetiba last minit, abah n mak ajak plak pergi Beijing…diorang nak gi jalan-jalan sana mintak suruh temankan la..well, akhirnya kami setuju ke sana sebab ramai jugak kengkawan kat ofis ni kata kat sana best…terpaksalah pakcik cancel semua yang pakcik dah book…nasib baik tak kena penalty apa-apa..dan juga terpaksalah pakcik surf internet lagi cari agen mana yang ada muslim package untuk Beijing…carik punya carik akhirnya jumpa jugak satu agen yang dapat menarik minat pakcik…dari sini bermulalah My Journey to BEIJING, China……




P/s: Ada keje plak kene buat ni…so sambung laiee…

Wednesday, January 02, 2008

Salam Ukhuwah Penuh Mahabbah

Salam,

Hmm…susah betul nak start tulis dalam blog ni…walaupun dah lama set up tapi tak berkesempatan untuk mengarang lagi. Belum sampai seru lagi kot…anyway eden torai (bak kata Zizan Raja Lawak – eden try). So kita mulakan….

MY JOURNEY….Perjalananku…biasanya dulu orang simpan ataupun catat memori dalam diari. Pahit ke manis ke, kelat-kelat masam ke semua disimpan. Dan kadang-kadang memori ini yang akan mendewasakan kita sebenarnya. Jadi mungkin blog ini boleh diumpamakan sebagai dairi untuk mencoretkan perjalanan hidupku sebagai insan yang diberi nama Wan Ahmad Ridwan b Wan Mat Tahir (chewaah)..

Tahun ni umur pakcik masuk 27 tahun and sedar tak sedar dah nak masuk umur 30. Sometimes kita tak sedar yang masa cepat berlalu. Pakcik rasa cam semalam je baru habih form 5….masih lagi teringat zaman duk kat asrama kat Taiping…kena roll call,mandi kolam kat kolam saiz ‘olimpik’ belakang asrama,pakai baju batik nak outing,pegi fajar pastu makan kat yong tau fu kat bomba….tapi itu duluuuuu….

Lepas zaman sekolah then masuk plak U…kat sinilah pakcik rasa cam bersyukur sangat dan realize akan kebesaran Allah. Kita merancang, Allah merancang tapi perancangan Allah melebihi segala-galanya. Lepas SPM pakcik tak kisah sangat nak sambung belajar kat mana..masuk Uni10 pun sebab member yang ajak..pakcik ngikut aje. Lepas masuk Uni10 pakcik dapat offer masuk U awam…walaupun sebelum tu pakcik dah kata kat diri pakcik kalau dapat U awam pakcik nak pegi tapi bila dapat offer pakcik rasa macam ada something yang tahan pakcik kat situ…and akhirnya pakcik sedar yang semua itu ada hikmahnya dan pakcik bersyukur sangat-sangat. So sekarang ni pakcik yakin bahawa apa saja yang berlaku sama ada baik ataupun kurang baik…pasti ada hikmahnya…

Tanggal 25 December 2005, dua hati bersatu. Bermula sebagai Timbalan pakcik merangkap secretary dalam persatuan akhirnya ke jinjang pelamin…sekali lagi syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan Zuriana Bt Zakaria yang cukup sabar dan prihatin melayani karenah suamimu ini…Thanks My Dear, kerana dirimu begitu berharga.



Wan Ayfa Riesha Bt Wan Ahmad Ridwan. Ayfa = cergas, ramping. Riesha = puteri, noble lady. My Princess yang comel ni lahir pada 14 April 2007. Thanks sayang for giving me such a beautiful daughter. Seronot ada anak ni…PS2 pun dah tak main sangat dah.. duk melayan Ayfa lagi best….Semoga anak ayah n mama ni akan jadi anak yang solehah… amin…teringat pengalaman dalam labor room. Benarlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu…melihat kesakitan masa bersalin cukup menginsafkan pakcik…bagaimana pengorbanan seorang isteri untuk menghadiahkan anak kepada suami dan bagaimana seorang ibu bertarung nyawa untuk memastikan anak selamat. Untuk para suami sayangilah dan hargailah isteri kita sepenuh hati serta berkhidmatlah kepada ibumu sehingga ke akhir hayatnya. Sesungguhnya kita tidak akan mampu membalas segala pengorbanan mereka. Terima kasih isteriku dan umi.


Masuk tahun 2008 ni, maknanya dah 3 tahun pakcik keje dalam aviation industry. Dulu berangan nak keje ngan kapal terbang. Teringat masa tengah tunggu result SPM. Belakang umah pakcik airport, so hari-hari naik basikal gi airport tengok kapal terbang take off/landing. Pakcik pasang impian, pakcik kata one day pakcik akan keje ngan aircraft. Alhamdulillah, dengan izinNya, impian pakcik tercapai. Jadi moral of the story, kalau kita ada impian and kita work for it plus doa, insya allah kita akan dapat apa yang diimpikan.

Begitulah sedikit sebanyak My Journey.